SOALAN LAZIM MYJPJ

UMUM

MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti berikut:
i. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
ii. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
iii. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
iv. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
v. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ).
vi. Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
vii. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) - fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak
Perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:
i. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
ii. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
iii. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
iv. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
v. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ)
vi. Paparan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna.
vii. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak.
Pada ketika ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai ID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ.
Capaian kepada aplikasi MyJPJ bagi bukan warganegara atau kategori syarikat (bukan individu) sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak.
Aplikasi MyJPJ ini boleh dimuat turun melalui platform mudah alih Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi MyJPJ adalah PERCUMA untuk digunakan.
Pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna adalah seperti berikut;

1. Nama Penuh;
2. Nombor Kad Pengenalan;
3. Alamat emel yang sah;
4. Nombor Telefon Bimbit yang sah; dan
5. Kod Sekuriti Lesen Memandu Malaysia ; atau
    (*Kod ini boleh didapati di paparan belakang Lesen Memandu pengguna)
    Nombor Rujukan.
    (* Nombor rujukan boleh didapati di kaunter JPJ untuk pendaftaran JPJeID Advanced sahaja. Kod ini hanya sah untuk tempoh tujuh (7) hari dari tarih dijana oleh kaunter)
Kod Sekuriti boleh didapati pada paparan belakang Lesen Memandu pengguna. Sila rujuk gambar di bawah:

Pada ketika ini, akaun emel adalah keperluan mandatori dan pengguna perlu mewujudkan akaun emel baharu bagi tujuan pendaftaran.
Emel juga akan digunakan untuk penghantaran kod sekuriti bagi tujuan terlupa kata laluan.
Pendaftaran ID tanpa akaun emel sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.
Ya , pengguna perlu mendaftar JPJeID/ID Awam MySIKAP terlebih dahulu untuk menggunakan aplikasi ini melalui saluran:

i. Aplikasi MyJPJ (secara dalam talian); atau
ii. Portal Awam JPJ (secara dalam talian)
    Pengguna boleh melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul untuk
    mendaftar melalui Portal Awam JPJ; atau
iii. Hadir di mana-mana Kios JPJ berdekatan; atau
iv. Hadir di Kaunter JPJ berdekatan; atau
v. Hadir di mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile.
Untuk mendaftar, ikuti Langkah-langkah berikut:

Langkah 1 Pada paparan Log Masuk, klik pada butang “Daftar Akaun Baharu” untuk mendaftar ID pengguna baharu.
Langkah 2 Masukkan ID Pengenalan di ruangan No. MyKad untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum.
Langkah 3 Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus ke paparan “Daftar Akaun Baharu”.
Langkah 4 Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin dan tandakan di ruangan “Perakuan”.
Langkah 5: Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar.
Langkah 6: Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan. Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.
Langkah 7 Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya Disimpan”. Sila tetapkan kata laluan anda pada halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk ke laman Penetapan Kata Laluan.
Langkah 8: Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang diperlukan. Dan tekan butang “Hantar”.
Langkah 9: Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan. Sila Log Masuk”. Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk Kembali ke laman Log Masuk.
i. Tukar kata laluan baharu di menu 'Tetapan Semula Kata Laluan'
a) Isikan No. MyKad dan alamat emel yang telah didaftarkan.
b) Semak emel anda dan dapatkan kod TAC untuk penetapan kata laluan baharu.
ii. Jika lupa alamat emel yang telah didaftarkan, anda boleh menukar alamat emel baharu di menu 'Tetapan Semula Emel'.
iii. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
iv. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.
1. Klik pautan “Tetapan Semula Kata Laluan” pada paparan log masuk aplikasi.
2. Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
3. Penguna akan menerima kod sekuriti (TAC) untuk set semula kata laluan.
4. Masukkan kod sekuriti (TAC) yang diterima melalui emel.
5. Masukkan kata laluan baharu bagi tujuan set semula kata laluan.
6. Pengguna akan dibawa ke paparan Log Masuk.
7. Masukkan No. MyKad pengguna dan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.
1.Pengguna boleh mengemaskini emel pada pautan 'Tetapan Semula Emel' di laman Log Masuk aplikasi.
(* Fungsi ini hanya boleh digunakan untuk JPJeID Standard sahaja (pendaftaran melalui MyJPJ/Portal Awam JPJ).
JPJeID Advanced yang didaftarkan melalui kaunter/kiosk JPJ yang menggunakan thumbprint, hanya boleh ditukar di kaunter JPJ sahaja)


Atau,

2. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
3. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
4. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.

Pada ketika ini, berikut adalah kaedah bagi mengemaskini alamat emel terkini;

1. Hadir ke Kios JPJ berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan; atau
2. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
3. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile berhampiran untuk menyemak/mengemaskini emel yang didaftarkan.
4. Mengemaskini alamat emel terkini mereka pada pautan Tetapan Semula Emel yang terdapat di laman Log Masuk aplikasi.
Aplikasi ini menyimpan maklumat log masuk di ruang storan telefon pintar (local storage) dan pengguna tidak perlu log masuk berulang kali.

Namun, untuk tujuan keselamatan, pengguna boleh log keluar dari aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa.
Pada kebiasaannya, isu loading adalah disebabkan rangkaian telefon bimbit pengguna. Sila semak dan pastikan terdapat capaian ke internet daripada telefon bimbit pengguna.

Jika masalah ini berlanjutan, sila dapatkan bantuan dengan menghantar butiran aduan melalui:

a. Emel di infodigital@jpj.gov.my
b. Talian 03-2724 2522
Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghantar butiran aduan melalui :

1. Emel: infodigital@jpj.gov.my
2. Talian: 03-2724 2522
Aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi yang dibangunkan dan diuruskan sendiri oleh Kerajaan dan Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Anda dikehendaki merakam video bukti kesalahan terlebih dahulu menggunakan kamera di telefon bimbit anda.
Kemudian, anda boleh memuat naik video dari Galeri semasa membuat aduan kesalahan trafik di Modul e-Aduan@JPJ.
Pengguna boleh mendapatkan Lesen Memandu malaysia (eLMM) dan Lesen Kenderaan Motor (eLKM) versi digital di aplikasi MyJPJ.
Untuk melihat paparan lesen digital ini, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pengguna perlu log masuk ke aplikasi MyJPJ.
Langkah 2: Pada Halaman Utama, pengguna boleh klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin.
Langkah 3: Paparan Lesen Memandu digital akan dipaparkan. Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, pengguna perlu klik di tab “Lesen Kenderaan Motor”.

Senarai Kenderaan bagi "Motorsikal" dan "Selain Motorsikal" yang didaftarkan di bawah nama pengguna akan dipaparkan pada ruangan ini.
Pada ketika ini, berikut adalah kaedah bagi mengemaskini gambar terkini;

1. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
2. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile.

Pengemaskinian gambar terkini secara dalam talian sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.
Tidak boleh. Pengguna perlu kekal log masuk bagi mengakses paparan digital eLKM dan eLMM.
Fungsi bagi muat turun paparan digital dalam bentuk dokumen sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.
Paparan digital eLKM dan eLMM masih boleh diakses sekiranya:

1. Pengguna tidak log keluar dari aplikasi MyJPJ; dan
2. Pengguna pernah mengakses maklumat eLKM dan eLMM di aplikasi MyJPJ semasa mempunyai liputan internet.

Fungsi bagi muat turun paparan digital dalam bentuk dokumen sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.
Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghantar butiran aduan melalui:

a. Emel di infodigital@jpj.gov.my
b. Talian 03-2724 2522
Pengguna boleh mengakses paparan digital eLKM dan eLMM di Portal Awam JPJ serta membuat cetakan sendiri di atas kertas/screenshot salinan eLKM dan eLMM tersebut.
Pengguna boleh mengakses paparan digital eLKM dan eLMM di aplikasi MyJPJ atau Portal Awam JPJ serta membuat cetakan sendiri di atas kertas/screenshot salinan eLKM dan eLMM tersebut.
Boleh. Pengguna boleh log masuk menggunakan JPJeID mereka di telefon bimbit yang lain. Walaubagaimanapun, sila pastikan tindakan log keluar dilaksanakan agar paparan digital eLKM dan eLMM tidak kekal diakses di telefon bimbit tersebut.
Sekiranya tindakan log keluar tidak dilaksanakan, paparan digital pengguna boleh diakses oleh orang lain yang menggunakan telefon bimbit pengguna tersebut.
Pemilik kenderaan boleh mengakses paparan digital eLKM di aplikasi MyJPJ atau Portal Awam JPJ serta membuat cetakan sendiri di atas kertas/screenshot salinan eLKM tersebut untuk dikongsikan kepada orang lain.
Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh menggunakan fungsi Kongsi LKM di tab Lesen Kenderaan Motor untuk memberikan akses paparan LKM digital kepada orang lain.
Pengguna boleh klik pada ikon Paparan Penuh yang tersedia di bawah paparan digital eLKM dan eLMM anda.
Tidak boleh. Maklumat paparan digital ini adalah dilindungi dengan ID dan Kata Laluan secara individu.
Boleh. Maklumat tarikh luput insurans dipaparkan bersama maklumat paparan digital eLKM.
Penguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kodQR untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang jalan raya khususnya di kawasan yang tiada liputan internet.
Kod ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ/PDRM sahaja.
Maksud bagi Berkuatkuasa dan Tidak Berkuatkuasa adalah seperti berikut:

i. Berkuatkuasa: LKM/LMM pengguna masih sah dan belum tamat tempoh.
ii. Tidak Berkuatkuasa: LKM/LMM pengguna tidak sah dan sudah tamat tempoh.
Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui:

1. Portal Awam JPJ; atau
2. Hadir ke Kaunter JPJ di cawangan terdekat; atau
3. Hadir ke Kios JPJ di cawangan terdekat – untuk LKM sahaja; dan
4. Hadir ke kaunter kenderaan mobile JPJ terdekat.

SOALAN LAZIM JPJeID

ID Awam atau JPJeID merupakan akaun yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan yang dimiliki secara sah oleh orang awam bagi tujuan mengakses portal awal JPJ MySIKAP / aplikasi mudah alih MyJPJ untuk melakukan urusniaga JPJ secara dalam talian.
Pendaftaran JPJeID merupakan pengurusan sekuriti yang mengawal dan memantau hak capaian pengguna ke dalam portal awam mySIKAP dan MyJPJ.

Pendaftaran JPJeID merangkumi pendaftaran agensi dan pendaftaran peribadi. Pendaftaran agensi adalah terdiri daripada kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Manakala, Pendaftaran Peribadi ialah bagi kategori pengguna awam.

Selain itu juga, Pendaftaran JPJeID merupakan satu sistem yang mudah dan mempercepatkan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan bahkan turut memberi penekanan kepada produktiviti warga Jabatan dan kualiti perkhidmatan kerana ia menjadi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan cemerlang.
Sekiranya pengguna ingin menggunakan portal mySIKAP dan aplikasi mudah alih MyJPJ, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun JPJeID. Pengguna boleh melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/ atau mendaftar menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ.
Sekiranya anda mempunyai MyPR, anda boleh mewujudkan akaun ID Awam / JPJeID. Sila rujuk syarat-syarat pendaftaran. Pendaftaran boleh dilakukan pada portal awam mySIKAP atau menggunakan aplikasi mudah alih MyJPJ.
JPJeID Advanced membolehkan tahap capaian penuh semua 38 transaksi portal Awam MySIKAP. JPJeID Advanced boleh dibuat di kaunter dan kios kerana memerlukan imbasan biometrik (cap jari). Contoh transaksi yang memerlukan JPJeID Advanced adalah Permohonan Pertukaran Hakmilik. Verifikasi pengguna sah menggunakan imbasan biometrik (cap jari) diperlukan untuk mengelakkan berlakunya transaksi secara tidak sah atau tanpa pengetahuan pemilik yang sah.

Manakala JPJeID Standard terhad kepada 27 daripada 38 transaksi portal Awam MySIKAP. Contoh transaksi yang boleh dibuat adalah Pembaharuan Lesen Memandu. Pengguna boleh mengakses terus 27 transaksi setelah selesai membuat pendaftaran pengguna di laman sesawang Portal Awam MySIKAP.
Pendaftaran JPJeID Advanced akan melalui proses verifikasi pengguna yang sah dan memerlukan imbasan biometrik (cap jari). Oleh itu perkhidmatan ini hanya disediakan di kaunter dan kios sahaja. Setelah verifikasi berjaya dibuat, pengguna akan mendapat no rujukan untuk menaik taraf akaun ke JPJeID Advance menerusi e-mail yang didaftarkan.
Ciri-ciri browser adalah seperti berikut:-

i. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet terkini (Microsoft Edge/Google Chrome).

ii. Resolusi paparan 1024 x 768.
Aplikasi mudah alih MyJPJ boleh dimuat turun dari Google PlayStore , Apple AppStore dan Huawei AppGallery. Kata kunci carian adalah “myjpj”.
Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.
i. Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau;

ii. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau;

iii. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan

iv. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat pendaftaran JPJeID, orang awam diminta merujuk atau hadir ke kaunter JPJ terdekat untuk mewujudkan rekod pengguna bagi membolehkan pendaftaran JPJeID.
Boleh. Anda dinasihatkan untuk menukar Kata Laluan secara berkala (maksimum 120 hari) menggunakan menu / pautan yang disediakan di laman sesawang https://public.jpj.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih MyJPJ.
Tidak boleh. ID Pengguna adalah unik dan tidak boleh ditukar.
Boleh. Walaubagaimanapun pertukaran E-Mail hanya boleh dilaksanakan di kaunter / Kios.
ID Pengguna dan Kata Laluan adalah penting untuk sebarang transaksi online antara anda dengan pihak JPJ. ID Pengguna diperlukan kerana ia merupakan ID unik yang akan mengenalpasti pemiliknya manakala kata laluan pula digunakan untuk mengesahkan bahawa ID itu adalah milik anda. Pastikan anda tidak lupa ID Pengguna dan Kata Laluan.
i. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.

ii. Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.

iii. Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.

iv. Gunakan Kata Laluan yang unik.

v. Jangan klik atau aktifkan "Remember Password".
Boleh. JPJ masih menyediakan perkhidmatan/urusniaga di kaunter-kaunter, namun keutamaan diberi untuk urusniaga yang tidak ditawarkan menerusi portal / MyJPJ / Kios.
ID Awam dan JPJeID adalah sama. Sekiranya telah mempunyai ID Awam, orang awam tidak perlu mendaftarkan semula JPJeID.
JPJ menyediakan tiga (3) saluran perkhidmatan atas talian untuk memudahkan orang awam melakukan transaksi iaitu :

1. Laman sesawang portal awam mySIKAP yang boleh diakses menggunakan alamat https://public.jpj.gov.my

2. Aplikasi mudah alih MyJPJ yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery. (kata kunci carian adalah “myjpj” atau "MyJPJ" dan disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

3. Saluran Kios yang disediakan di setiap negeri serta cawangan JPJ. Sila rujuk direktori kiosk di seluruh negara ** link kepada direktori kios di portal jpj.
Pengesahan biometrik (cap jari) diperlukan sekiranya pengguna ingin membuat pertukaran JPJeID Standard ke JPJeID Advanced. Urusniaga ini hanya boleh dilakukan di kaunter dan kiosk.
Ya. sebagaimana soalan nombor 15, ID Awam atau JPJeID juga terbahagi kepada kategori Standard dan Advance.
Pendaftaran JPJeID Standard boleh dilakukan menerusi portal mySIKAP atau MyJPJ. Manakala bagi pendaftaran JPJeID Advance, orang awam perlu hadir ke kaunter JPJ yang berdekatan atau membuat pendaftaran JPJeID di Kios bagi tujuan pengesahan Biometrik (cap jari).
Sila masukkan nombor rujukan yang lama/tamat tempoh di menu Log Kali Pertama. Sistem akan menjana nombor rujukan yang terbaru yang akan dihantar ke alamat emel yang berdaftar.
Sila emel ke helpdeskidm@jpj.gov.my beserta paparan ralat berkenaan dan maklumat id pengguna (MyKad/MyPR).
Pemilik Akaun JPJEID (ID Awam) boleh memohon untuk penamatan akaun dengan membuat permohonan melalui emel helpdeskidm@jpj.gov.my.

SOALAN LAZIM LESEN KENDERAAN MOTOR (e-LKM)

Pendigitalan LKM atau cukai jalan sepertimana yang diumumkan oleh YB. Menteri Pengangkutan pada 10 Februari 2023 adalah pelaksanaan transaksi LKM secara dalam talian (online) dan paparan maklumat secara digital menggunakan Aplikasi MyJPJ yang dimuatnaik dalam telefon pintar (smartphone) orang awam atau boleh diakses melalui Portal JPJ. Melalui inisiatif pendigitalan ini, fizikal disk LKM tidak perlu lagi dicetak, dipamerkan atau dilekatkan pada cermin kenderaan sepertimana pada masa ini.
Pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat secara berperingkat dengan peringkat pertama melibatkan paparan secara digital melalui Aplikasi MyJPJ atau Portal Awam bagi LKM melibatkan kenderaan persendirian individu sahaja yang akan bermula pada 10 Februari 2023 di seluruh negara.
Pada peringkat ini, pembaharuan LKM masih dilakukan menggunakan saluran sedia ada iaitu di kaunter JPJ, pejabat pos, MyEG, PUSPAKOM, kiosk atau portal JPJ. Walau bagaimanapun, orang awam diberikan pilihan sama ada mahu mencetak dan mempamer disk LKM pada cermin kenderaan atau tiada cetakan disk LKM dibuat, sebaliknya menggunakan paparan digital yang dijana melalui aplikasi MyJPJ atau Portal JPJ.
Pelaksanaan pendigitalan LKM bagi kenderaan selain persendirian individu (kenderaan persendirian syarikat, kenderaan perdagangan dan lain-lain) akan diumumkan kemudian setelah pelaksanaan fasa pertama ini teratur, sistem tersedia dan mendapat maklumbalas dari orang awam. Sehingga pengumuman tersebut berlaku, prosedur dan undang-undang semasa melibatkan urusniaga pembaharuan LKM dan cetakan disk LKM termasuk paparan pada cermin kenderaan adalah terpakai.
Kadar bayaran fi LKM bagi semua kenderaan adalah sama dan tiada peningkatan bayaran tambahan susulan dari pelaksanaan ini. Bahkan melalui inisiatif Pendigitalan LKM sepenuhnya, ianya akan menjimatkan masa dan kos kepada pengguna.
Bagi kenderaan kenderaan yang dimiliki dan digunakan oleh orang yang berbeza (sebagai contoh kenderaan dimiliki oleh ayah tetapi digunakan oleh anak), aplikasi MyJPJ mempunyai fungsi dependant sepertimana MySejahtera yang boleh melantik individu untuk mendaftar, mengurus dan mengawal selia rekod sesebuah kenderaan.
Jika orang awam/pemilik kenderaan tidak mempunyai smarthphone, disk LKM yang dicetak boleh dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan atau membawa resit urusniaga yang dijana semasa urusniaga pembaharuan LKM sebagai bukti sah laku LKM masih berkuatkuasa dalam tempoh interim.
Pemandu atau orang yang membawa kenderaan tersebut perlu mendapatkan salinan tangkap layar (screen short) pendigitalan LKM daripada pemilik kenderaan sekiranya disk LKM tidak dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.
Pemilik atau pemandu kenderaan boleh menyimpan salinan tangkap layar (screenshot) pendigitalan LKM dan mengemukakannya apabila diminta berbuat demikian oleh anggota penguatkuasa di lapangan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03- 2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my.
Ya. Pelaksanaan pendigitalan LKM ini akan turut melibatkan kenderaan yang telah mendapat status Kenderaan Orang Cacat (KOC) atau yang telah membuat pengisytiharan LKM OKU sebelum ini. Ini bermaksud, urusniaga pembaharuan LKM dengan keistimewaan pengecualian bayaran fi boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu hadir di kaunter setelah fungsi pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ tersedia dan diumumkan kelak.
Pada masa ini, penggunaan aplikasi MyJPJ melibatkan paparan LKM secara digital hanya melibatkan kenderaan persendirian individu yang dimiliki oleh warganegara sahaja.
Ya. Data pemilik kenderaan adalah dilindungi di bawah akta-akta yang berkaitan. Sekiranya tuan/puan mengesyaki terdapat kebocoran data, tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak JPJ di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my.
Dalam fasa interim ini, orang awam masih lagi dibenarkan mencetak disk LKM sekiranya diperlukan.
Boleh. Orang awam mempunyai pilihan sama ada mencetak pelekat/kertas LKM atau menggunakan paparan e-LKM melalui aplikasi MyJPJ.
Bagi orang awam yang memandu atau menggunakan kenderaan orang lain sepertimana pemandu e-hailing, mereka perlu mendapatkan salinan tangkap layar (screen short) pendigitalan LKM daripada pemilik kenderaan sekiranya disk LKM tidak dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.
Pada masa ini, pelaksanaan pendigitalan LKM hanya melibatkan kenderaan persendirian yang dimiliki/didaftarkan atas nama individu warganegara sahaja. Adapun bagi kenderaan selain persendirian individu iaitu persendirian syarikat, pelaksanaannya adalah pada fasa berikutnya yang akan diumumkan kelak.
Dalam fasa interim ini, urusniaga pembaharuan LKM masih lagi boleh dilakukan di mana-mana saluran sedia ada menggunakan mod bayaran tunai sama ada di kaunter JPJ, kaunter pejabat pos mahupun kaunter PUSPAKOM.
Sekiranya terdapat sebarang isu atau permasalahan berkenaan digital LKM ini, tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak JPJ di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my.
Ya. Tuan/puan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak JPJ di talian 03-2724 2522 atau melalui e-mel di infodigital@jpj.gov.my untuk tindakan lanjut.
Pihak JPJ akan membuat sekatan terhadap aplikasi MyJPJ sekiranya pemilik kenderaan telah meninggal dunia tertakluk kepada maklumat yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pada masa ini, pembaharuan LKM kenderaan persendirian individu bagi pemilik yang meninggal dunia adalah menggunapakai saluran sedia ada sehinggalah fungsi pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ telah tersedia yang akan diumumkan kelak.
Urusniaga yang dilakukan melalui saluran rakan niaga yang memberi kesan terhadap butiran LKM, maklumat tersebut akan dikemaskini dalam sistem MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.
Pada masa ini pembaharuan LKM bagi kenderaan e-hailing adalah menggunakan saluran sedia ada iaitu di kaunter JPJ. Pada masa akan datang, LKM bagi kenderaan e-hailing boleh diperbaharui menggunapakai aplikasi MyJPJ setelah fungsi pembaharuan LKM tersebut tersedia yang akan diumumkan kelak.
Tidak boleh. Bagi urusan pembatalan dan bayaran balik (refund) LKM, permohonan hendaklah dibuat di kaunter-kaunter JPJ yang berhampiran mengikut prosedur yang ditetapkan. Sila rujuk prosedur dalam Portal JPJ.
Penggunaan aplikasi MyJPJ pada masa ini hanya terpakai kepada kenderaan persendirian individu yang dimiliki oleh warganegara sahaja. Adapun kenderaan yang dimiliki oleh bukan warganegara, paparan LKM adalah menggunakan fizikal LKM sedia ada.
Ya, boleh setelah fungsi pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ telah tersedia yang akan diumumkan kelak.
Dalam fasa interim ini, bagi pemilik kenderaan yang menggunakan fizikal LKM, pelekat/kertas LKM tersebut perlu diserahkan semasa urusniaga tukar hak milik. Bagi pemilik kenderaan yang menggunakan LKM digital, tiada penyerahan pelekat/kertas LKM diperlukan.
Dalam fasa interim ini, bagi pemilik kenderaan yang menggunakan fizikal LKM, pelekat/kertas LKM tersebut perlu diserahkan semasa urusniaga pemindahan nombor pendaftaran (interchange). Bagi pemilik kenderaan yang menggunakan LKM digital, tiada penyerahan pelekat/kertas LKM diperlukan.
Fungsi ini dibangunkan untuk membolehkan pemilik kenderaan berkongsi LKM dengan individu/ahli keluarga yang membawa kenderaan beliau.
Maklumat LKM yang dikongsi akan wujud di Profil Pengguna penerima di tab ‘Lesen Kenderaan Motor’ ruangan ‘LKM Dikongsi’.
Hanya LKM yang masih berkuatkuasa sahaja boleh dikongsi. LKM yang telah tamat kuatkuasa tidak mempunyai butang ‘Kongsi LKM’.
Ketetapan waktu perkongsian ditentukan oleh pemilik LKM.
Kongsi LKM seperti langkah berikut:

A. Pemilik LKM
1. Klik Profil;
2. Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
3. Klik LKM yang hendak dikongsi;
4. Klik butang ‘Kongsi LKM’;
5. Masukkan nombor kad pengenalan penerima. Semakan nombor kad pengenalan dibuat dengan rekod MySikap;
6. Masukkan tempoh LKM dikongsi;
7. Klik butang ‘Hantar’; dan
8. Mesej pengesahan dipaparkan dan kod pengaktifan turut dipaparkan. Pemilik perlu memberikan kod ini kepada penerima untuk mengaktifkan LKM di MyJPJ beliau.

Sistem tidak memberikan kod secara automatik bagi mengurangkan risiko salah perkongsian LKM. Pemilik perlu memberikan kod secara manual.

B. Penerima LKM
1. Klik Profil;
2. Klik butang ‘Jana Semula’;
3. Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
3. Paparan LKM dikongsi dengan status ‘tidak aktif’ di ruangan LKM Dikongsi;
4. Jika LKM dikongsi tiada di dalam senarai, klik semula butang ‘Jana Semula’;
5. Klik LKM dan masukkan kod keselamatan yang diberikan oleh pemilik;
6. Klik ‘Hantar’; dan
7. LKM telah aktif dan boleh digunakan. Jika status belum berubah, klik butang ‘Jana Semula’.

C. Pemilik LKM (melihat status LKM yang telah dikongsi)
1. Klik Profil;
2. Klik butang ‘Jana Semula’;
3. Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
3. Paparan status perkongsian di butang LKM.
Kod keselamatan SAH dalam tempoh 24 jam sahaja. Sekiranya penerima tidak mengaktifkan LKM dalam tempoh tersebut, rekod perkongsian LKM akan dihapuskan.
YA, pemilik boleh menamatkan perkongsian pada bila-bila masa seperti berikut:
1. Klik LKM yang telah dikongsi;
2. Klik butang ‘Kongsi LKM’; dan
3. Klik butang ‘Hapus’ untuk menghapuskan rekod perkongsian.
YA, pemilik boleh mengemaskini maklumat perkongsian pada bila-bila masa seperti berikut:
1. Klik LKM yang telah dikongsi;
2. Klik butang ‘Kongsi LKM’; dan
3. Klik butang ‘Kemaskini’ untuk mengemaskini rekod perkongsian.
Tiada had limit ditetapkan. Pemilik bertanggung jawab sepenuhnya dengan LKM yang dikongsi oleh beliau.

SOALAN LAZIM LESEN MEMANDU MALAYSIA(e-LMM)

Pemilik Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak lagi memiliki lesen memandu fizikal dan hanya menggunakan aplikasi MyJPJ sepenuhnya.
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas serta memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Pengguna dikehendaki mendaftar ID portal mySIKAP (ID Awam) dan seterusnya mendaftar masuk di aplikasi MyJPJ.
Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di aplikasi MyJPJ adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain, pengguna perlu hadir ke pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau UTC bagi urusan pengemaskinian maklumat tersebut.
Semua jenis telefon pintar (smart phone) yang mempunyai capaian internet.
Pemohon boleh melakukan urus niaga secara dalam talian dan menggunakan payment gateway (fpx/ kredit kad/ kad debit / ewallet) yang disediakan.
Nama, nombor kad pengenalan, alamat pemegang lesen, jenis lesen memandu, kelas lesen memandu, tarikh kuatkuasa, gambar pemegang lesen, no siri lesen, kod Quick Respond (QR).
Semua lesen memandu yang dimiliki akan dipaparkan secara digital melalui aplikasi MyJPJ termasuk Lesen Vokasional.
Segala maklumat yang disimpan adalah selamat (PDPA)
i. Permohonan bagi jenis lesen berikut:
   a. Lesen Belajar Memandu
   b. Lesen Memandu Percubaan
   c. Lesen Memandu Kompeten
   d. Lesen Vokasional:

ii. Pembaharuan bagi jenis lesen berikut:
   a. Lesen Belajar Memandu
   b. Lesen Memandu Kompeten
   c. Lesen Vokasional

iii. Urus niaga pelesenan pemandu:
   a. Cabutan Maklumat Lesen Memandu
   b. Rayuan/ Semakan Lesen Memandu Tamat Tempoh
   c. Semakan permohonan pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
Boleh dilakukan secara atas talian, namun begitu laporan pemeriksaan kesihatan (JPJL8A/JPJL8) perlu dikemukakan di kaunter JPJ secara fizikal terlebih dahulu.
Tidak boleh. Bagi permohonan baharu perlu mengemukakan laporan pemeriksan kesihatan permohonan lesen memandu Orang Kelainan Upaya (OKU) bersama dokumen sokongan di kaunter JPJ.
Boleh. Sekiranya pemilik ingin memperbaharui lesen memandu tersebut, pemilik boleh memilih menu pelesenan pemandu, pilih jenis lesen yang ingin diperbaharui dan seterusnya membuat bayaran menggunakan payment gateway (Kredit/ Debit/ FPX/ ewallet) yang telah disediakan.
Ya. Menghantar notifikasi peringatan tarikh tamat lesen memandu melalui Aplikasi Mudah Alih dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh tamat tempoh lesen memandu bagi peringatan pertama. Peringatan kedua akan diberikan dua (2) minggu sebelum tarikh tamat lesen memandu dan peringatan ke 3 akan diberikan satu minggu sebelum tamat tempoh. Notifikasi akan tertera setiap minggu bahawa pemilik lesen memandu telah tamat tempoh untuk selama satu (1) bulan.
Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh satu (1) tahun bermula daripada tarikh akhir (PDL) yang berkuatkuasa dua (2) tahun. Lesen Memandu Kompeten (CDL) adalah tiga (3) tahun bermula dari tarikh kuatkuasa.
Jika berjaya, amaun akan ditolak dari kad kredit/ kad debit dengan serta-merta dan resit pembayaran akan dijana secara digital.
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit. Tiada caj yang akan dikenakan.
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit/ kad debit dalam tempoh 7 hingga 30 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/ kad debit (issuer) tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
Melalui Portal ID Awam, hanya boleh diakses oleh Warganegara Malaysia sahaja.
Tidak, kerana e-LMM hanya diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bukan Warganegara Malaysia masih kekal dengan fizikal lesen yang sedia ada.
Warganegara Malaysia yang memiliki e-LMM perlu memohon salinan lesen fizikal secara dalam talian di aplikasi MyJPJ. Setelah itu, pemohon perlu ke kaunter JPJ Negeri yang berdekatan untuk membuat cetakan salinan fizikal lesen untuk tujuan ke luar negara. Kadar fi salinan akan dikenakan kepada pemohon sebanyak RM20.00.
Warganegara Malaysia perlu mendaftar ID Awam terlebih dahulu sebelum e-LMM boleh di akses melalui aplikasi mudah alih MyJPJ dan Portal mySIKAP.
Pemberian Rebat LMM RM5 akan diberikan kepada pemohon yang membuat permohonan / pembaharuan LMM tanpa cetakan fizikal (e-LMM) bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Semua pemegang LMM bagi kategori warganegara Malaysia sahaja.
Jenis urus niaga lesen memandu yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL);
ii. Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL); dan
iii. Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Bagi pemohon yang membuat permohonan / pembaharuan LMM tanpa cetakan fizikal sahaja iaitu dengan memilih paparan lesen memandu digital (e-LMM).
Pemohon hanya boleh menikmati pemberian Rebat LMM ini sekali sahaja sepanjang tempoh interim dilaksanakan.
Tidak layak. Pemberian Rebat LMM ini hanya diberikan kepada pemohon yang memilih paparan lesen memandu digital (e-LMM) sahaja.
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B adalah bertujuan untuk:

a. Menaik Taraf Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada Kelas B Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Yang Ditetapkan; dan
b. Tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di Institusi Memandu (IM).
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2024.
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B akan dilaksanakan sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Semakan syarat-syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B boleh dibuat melalui:

a. Aplikasi MyJPJ:
b. Portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my); atau
c. Kaunter JPJ.
Syarat-syarat kelayakan bagi menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas B2/ B1 telah mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas;
c. Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 aktif dan berkuat kuasa;
d. Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas A dan A1 adalah tidak layak;
e. Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333;
f. Lulus pengesahan sihat tubuh badan/ fizikal/ minda secara deklarasi kendiri oleh individu; dan
g. Menghadiri serta lulus kursus penyesuaian pengesahan amali bersama Pegawai Penguji Berkelayakan (QTO) JPJ selama dua (2) jam di Institut Memandu (IM).
Pemegang lesen memandu boleh membuat semakan kelayakan melalui:

a. Aplikasi MyJPJ:
b. Portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my); atau
c. Kaunter JPJ.
Selepas pemohon membuat semakan kelayakan dalam Aplikasi MyJPJ, Portal mySIKAP awam atau di Kaunter JPJ dan disahkan LAYAK, pemohon dikehendaki:

a. Hadir ke mana-mana Institut Memandu (IM) yang terpilih/ di seluruh Malaysia yang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar untuk mengikuti Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada B;
b. Pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan/ fizikal/ minda semasa pendaftaran di Institut Memandu (IM).
Kadar siling fi kepada Institut Memandu (IM) bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada B adalah RM160.00 (tidak termasuk SST).

Kadar fi ini adalah termasuk:

Bil Perkara
1 Pendaftaran dan insurans pelajar
2 Kursus peralihan dan penyesuaian (2 Jam)
3 Fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar)
4 Fi ujian JPJ
Selepas menamatkan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B dengan keputusan LULUS, pemohon tersebut hendaklah hadir ke kaunter JPJ berhampiran bagi melakukan pengeluaran CDL Kelas B; Kadar fi yang akan dikenakan adalah tertakluk kepada kelas lesen yang dimiliki.

Contoh Jadual fi pengeluaran CDL Kelas B adalah seperti berikut:

Bil Perkara Fi (RM)
1 Memiliki CDL Kelas Motosikal (B/ B2/ C) 20.00
2 Memiliki CDL Kelas selain Motosikal (D/ E/ H/ I) 30.00
3 Tambah Kelas (memiliki CDL tempoh > 10 tahun dan < 11 tahun) 5.00


Nota:
i. Tarikh tamat kuat kuasa lesen memandu akan ditambah tempoh satu (1) tahun kecuali tambah kelas; dan
ii. Jadual fi di atas tidak termasuk fi penyelarasan.
Bagi pemegang lesen yang telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga tempoh maksimum 10 tahun, kadar fi pengeluaran Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B yang akan dikenakan adalah sebanyak RM5.00.
Bagi pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B, calon boleh hadir ke Kaunter JPJ selepas tempoh 24 jam keputusan ujian dikemas kini oleh Pegawai JPJ. Walau bagaimanapun, pengeluaran LMM perlu dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh keputusan ujian disahkan.
Calon perlu menjalani Latihan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02) Praktikal Di Litar (Persediaan Sebelum Memulakan Perjalanan) dan Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP03) Praktikal Di Jalan (Penunggangan Selamat) selama tempoh dua (2) jam sahaja.
Pindaan tarikh latihan dan ujian perlu hanya boleh dikemaskini sehari sebelum tarikh latihan dan ujian sebenar. Sekiranya pemohon tidak membuat pengemaskinian sehari sebelum tarikh latihan dan ujian sebenar, penyertaan dalam Program Khas Peralihan ini adalah dikira gagal, dan tuntutan semula (refund) daripada IM adalah tidak dibenarkan.
Bagi tuntutan semula (refund) adalah tertakluk atas budi bicara daripada IM dengan mengambilkira kos yang telah dibelanjakan. Pemohon tersebut layak untuk menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B.
Peserta dikira GAGAL dan perlu mendaftar semula serta mengulangi keseluruhan proses latihan dan ujian.
Individu TIDAK LAYAK menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada B kerana salah satu syarat utama adalah perlu memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 aktif dan berkuat kuasa.
Individu TIDAK LAYAK menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada B kerana terdapat senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333 perlu menyelesaikan perkara-perkara tertunggak tersebut untuk melayakkan diri menyertai Program Khas Peralihan ini.
Sila log keluar dan log masuk semula MyJPJ.
Laksanakan semakan semula di Menu "Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B"

SOALAN LAZIM PENGUATKUASAAN BERSEPADU

Mulai 10 Februari 2023, JPJ menetapkan pemakaian LMM dalam dua (2) bentuk iaitu bentuk cetakan fizikal seperti sedia ada atau bentuk digital yang boleh di akses di Aplikasi MyJPJ dengan menggunakan peranti elektronik seperti mobile phone.
Ya. Seseorang pemandu/penunggang perlu mengemukakan LMM semasa memandu/menunggang di jalan raya dan ketika pemeriksaan oleh pihak JPJ / PDRM.
Mulai 10 Februari 2023, JPJ menetapkan pemakaian LKM dalam dua (2) bentuk iaitu bentuk fizikal dipamerkan seperti sedia ada atau bentuk digital yang boleh di akses di aplikasi MyJPJ dengan menggunakan peranti elektronik seperti mobile phone.
Ya. Seseorang pemandu perlu mempamerkan LKM fizikal atau mengemukakan LKM digital ketika pemeriksaan oleh pihak JPJ / PDRM.
Bagi pemilik kenderaan perdagangan, LKM fizikal perlu dipamerkan seperti biasa sehingga pemakluman fasa seterusnya dibuat oleh pihak JPJ. Ini bermakna, dalam tempoh ini kenderaan perdagangan masih perlu menggunakan LKM cetakan fizikal dan perlu dipamerkan di cermin hadapan.
Mulai 10 Februari 2023, hanya kategori pemandu / kenderaan berikut masih perlu mengemukakan / mempamerkan lesen memandu atauLKM secara fizikal:

i. Pemegang lesen belajar memandu (LDL)
ii. Pemegang lesen vokasional (PSV/GDL/KON)
iii. Pemegang lesen memandu Malaysia bagi warganegara asing
iv. Pemegang lesen memandu negara luar oleh pemandu warganegara asing
v. LKM kenderaan perdagangan meliputi kenderaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam
vi. LKM persendirian syarikat
vii. Kenderaan pemilikan warganegara asing


SOALAN LAZIM PEMBAYARAN / TRANSAKSI

Pelanggan masih boleh mendapatkan perkhidmatan memperbaharui LKM/LMM secara digital melalui saluran terimaan lain seperti kaunter JPJ/UTC, kios, JPJ Mobile dan Portal JPJ.
Selain itu, pelanggan juga masih boleh memilih untuk mendapatkan perkhimatan melalui rakan strategik JPJ yang telah dilantik seperti POS Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM.
Ya, kadar caj perkhidmatan yang akan dikenakan masih sama walaupun pelanggan memilih untuk mendapatkan LKM/LMM secara digital. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kelak.
Pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja. Pembayaran menggunakan bank transfer (direct debit) dan eWallet sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.
Terdapat tiga (3) paparan status pembayaran di MyJPJ iaitu :

1. Berjaya
Bayaran yang Berjaya akan disertakan dengan pautan untuk muat turun resit bayaran.

2. Pending
Semakan semula selepas 15 minit di modul Sejarah Transaksi

3. Gagal
Bayaran tidak Berjaya. Cuba semula selepas 15 minit.
Semakan boleh dibuat di Modul Sejarah Transaksi bagi pembayaran di semua saluran kutipan hasil JPJ (kaunter/portal/MyJPJ/kios dll) untuk tempoh maksimum sehingga dua (2) tahun.
Permohonan bayaran balik LKM adalah bergantung kepada pilihan yang dibuat semasa pembaharuan LKM. Sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan fizikal LKM semasa pembaharuan, pelanggan perlu mengemukakan semula LKM tersebut semasa permohonan bayaran balik. Bagaimanapun, SOP ini tidak terpakai sekiranya pelanggan memilih menggunakan LKM digital semasa pembaharuan.
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik LKM ialah: a. Borang JPJ K6 b. Salinan ID Pemunya Berdaftar. c. Salinan ‘Butir-butir Bayaran Balik LKM’ yang dicetak daripada Sistem MySIKAP. d. Maklumat nama dan nombor akaun pemunya berdaftar. e. Disk LKM yang dibatalkan (sekiranya pelanggan memilih untuk mendapatkan fizikal LKM semasa pembaharuan) f. Laporan polis sebagai ganti disk LKM asal bagi kenderaan hilang/kecurian/ kebakaran atau terlibat kemalanngan (jika berkaitan).
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi Bayaran Balik selain LKM ialah:

a. Permohonan Pulangan Balik Hasil selain LKM secara bertulis.
b. Salinan Resit Rasmi
c. Salinan ID Pemohon/Pemegang Kad Kredit/Debit
d. Maklumat nama dan nombor akaun bank pemegang kad kredit/debit (Penyata akaun bank ringkas beserta Letterhead)
e. Lain-lain dokumen berkaitan bagi menyokong tuntutan yang dibuat.
Permohonan bayaran balik boleh dikemukakan mengikut saluran pembaharuan LKM/LMM dibuat seperti berikut:

a. Pembaharuan melalui kaunter/kios/JPJ Mobile – dikemukakan secara manual kepada Cawangan JPJ berhampiran.
b. Pembaharuan melalui Portal JPJ/ Aplikasi MyJPJ – dikemukakan ke Bahagian Hasil, JPJ melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPJ.
c. Pembaharuan melalui rakan strategik (MyEG/POS Malaysia/PUSPAKOM) – dikemukakan kepada saluran yang berkenaan.

SOALAN LAZIM MyDigital ID

Sila laksanakan pendaftaran MyDigital ID melalui kaedah berikut:

a. Pendaftaran melalui kios MyDigital ID di Pejabat Cawangan JPN atau outlet Tealive berdekatan atau layari link : https://www.digital-id.my/#kiosk ; atau
b. Pendaftaran secara online di aplikasi MyDigital ID
a. Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam telefon pintar anda di Huawei Apps Gallery, Playstore atau Apps Store
b. Daftar MyDigital ID pada telefon pintar anda menggunakan Mykad dan membuat kata laluan minima 8 aksara
c. Setelah mendaftar log masuk menggunakan kata laluan yang telah anda buat semasa pendaftaran.
d. Pastikan MyDigital ID anda adalah SAH.
e. Klik pautan MyDigital ID di MyJPJ dan masukkan kata laluan MyDigital ID Anda.
Laksanakan proses revokasi MyDigital ID melalui kaedah berikut:

a. Pembatalan melalui kios MyDigital ID di Pejabat Cawangan JPN berdekatan atau outlet Tealive berdekatan atau layari link : https://www.digital-id.my/#kiosk
b. Pilih menu di aplikasi MyDigital ID anda dan tekan “Set Semula” masuk kan nombor MyKad dan tekan OK
c. Pembatalan MyDigital ID perlukan anda membawa MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
d. Mulakan proses pembatalan di kios sehingga berjaya
e. Setelah selesai proses pembatalan mulakan proses pendaftaran semula menggunakan kata laluan yang mudah anda ingat minima 8 aksara
JPJeID masih wujud namun penggunaannya hanya terhad di Portal Awam dan kios JPJ.
Pendaftaran melalui kaedah sedia ada di kaunter dan kios. Namun, bagi yang telah mempunyai MyDigital ID dan log masuk kali pertama ke MyJPJ, sistem akan menjana JPJeID secara automatik. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel pengguna dan sah untuk tempoh tujuh(7) hari.
Laksanakan proses set semula kata laluan di portal awam JPJ.